FATWA PENENTUAN HARI RAYA AL-ADHA DAN PUASA ARAFAH


MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-38/2018 8 – 9 NOVEMBER 2018 30 SAFAR & 1 RABIULAWWAL 1440H

FATWA PENENTUAN HARI RAYA AL- ADHA DAN PUASA ARAFAH


Mana-mana negara yang sama matla’nya hendaklah berhari raya pada tarikh yang sama. Demikian juga penentuan puasa Arafah. Manakala mana-mana negara yang berlainan matla’nya, maka penentuan hari raya berdasarkan keputusan ulil amri kerana ia membabitkan syi’ar menzahirkan kesatuan bersama umat Islam di sesuatu tempat.

FATWA AKAD NIKAH MELALUI SIDANG VIDEO SECARA LANGSUNG

KEPUTUSAN MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE - 46 / 2020
17 Jun 2020 / 25 Syawal 1441 - Bil. 1/46 TAHUN 2020 


FATWA AKAD NIKAH MELALUI SIDANG VIDEO SECARA LANGSUNG

Akad nikah melalui sidang video secara langsung adalah sah jika diyakini oleh pihak yang terlibat telah memenuhi rukun-rukun nikah dan syarat-syaratnya serta bebas daripada sebarang penipuan.